Tuesday, 4 August 2015

Tercetusnya Choize Touch


Tidak pernah terlintas di fikiran saya sebenarnya untuk menjadikan bakat saya sebagai satu perniagaan sampingan. 

Pada mulanya, saya sekadar buat DIY pelamin untuk kakak-kakak dan sepupu saya yang menggunakan konsep 'utilization'. Saya post hasilnya di FB Hazirah Zaini, dan surprisingly ia mendapat sambutan dalam kalangan kawan-kawan.

Ada yang suka dengan idea saya. Mahu minta tolong hiaskan 'utilized' pelamin merekalah. Ada juga yang cadangkan saya untuk diniagakan bakat itu. Ramai jugalah suka dengan idea 'penjimatan' saya. 

Tagline

Suatu hari, saya dapat permintaan untuk saya gubahkan hantarannya. Dan ada juga yang mahu menyewa barang-barang dari saya walau saya belum official mula bisnes CT.

Dari situlah, saya terfikir untuk memulakan bisnes sampingan ni. Dari duk terperap bakat dan barang-barang saya itu, rugi pula kalau saya diamkan sahaja dan tidak mendatangkan apa-apa. At least, adolah kan duit masuk walau tak banyak mana. Maka, saya pun tetapkan range harga yang lebih murah dari pasaran supaya dapat bantu orang berjimat. 


Dan disebabkan perkara ini adalah benda yang saya minat, saya akan rasa release tension dengan buat benda-benda sebegini. Sambil-sambil bantu orang yang 'limited budget' agar mereka berpeluang juga mempunyai hasil yang sama cantiknya. 

Maka, tercetus lagi FB Page saya, Choize Touch untuk memudahkan followers saya rujuk tips-tips dan perkhidmatan saya di sana. Takdelah mereka perlu scroll atas bawah di personal FB saya yang kadang-kadang merapu tu. Haha.

Dan lama-kelamaan, saya rasa Choize Touch perlukan blognya tersendiri. Bukannya apa. Senang sikit saya nak tunjuk tips-tips beserta gambarnya di bawah agar followers lebih faham caranya. 

Kalau di Fb, susah sikit nak buat tips flow yang lebih mudah. Lagipun, kalau panjang sangat kat FB, jenuh juga kan nak baca karangan tanpa gambar tu.

Ohye.
Ada signifikan di sebalik nama Choize Touch.

Choize dicantikkan perkataannya daripada Choice yang bermaksud pilihan.
Yakni maksud nama saya Hazirah - pilihan yang tepat.
Pelanggan juga membuat pilihan dengan CT. 
Pilihan untuk upah gubahan hantaran.
Pilihan untuk menyewa barangan CT.
Pilihan untuk mendapatkan khidmat konsultan CT. 


Touch pula bermaksud sentuhan
Sama ada sentuhan itu adalah dari CT sendiri.
Mahupun sentuhan dari pelanggan berdasarkan perkongsian DIY daripada CT. 

Itu sahaja mengenai Choize Touch.
Just call me CT, okay! 



No comments:

Post a Comment