Wednesday, 5 August 2015

Backdrop Berasaskan Kertas


Hello~

Banyak juga Ct dapat mesej minta tips-tips DIY dan mahu hias 'utilized' pelamin macam mana.

Bagi sesiapa yang tiada kain ela untuk dibuat backdrop atau mahukan kelainan, but still mahukan hasil yang sangatlah menarik, mungkin boleh cuba buat backdrop berasaskan kertas sahaja!

Jimat sangat!
Bahan utamanya, hanya perlukan crepe paper/tissue paper.

Ct selalu survey benda ni kat kedai, kosnya sehelai dalam 60sen.
Itu paling murah.
Kalau korang dapat cari yang lagi murah, rezeki korang la kan.
Tapi, kalau jumpa benda ni melebihi 60sen, cari sampai jumpa yang 60sen punya.
Haha.

Mungkin anda rasa agak leceh sebab kena gunting dan lipat sana sini. 
Alah. 
Panggil sahaja anak-anak buah untuk tolong anda sebagai aktiviti permainan mereka.
Kononnya kan~

Jom tengok idea-idea projek kertas ini!

Gabungan kraf bunga dan kraf lipatan kertas
 Kalau rajin la kan nak bunga berlambak macam tu. Tengok bajet korang macam mana

Kraf lipatan kertas itu, boleh guna surat khabar, kertas warna atau kertas pembalut hadiah


Cantik-cantik kan!
Nak tahu idea lain lagi,  boleh rujuk link penuh: 

Next entry, CT share cara nak buat bunga-bunga sebegini.
Stay tuned!

Untuk hasil hebat dengan hasil jimat!
DIY is Fun!

No comments:

Post a Comment