Friday, 7 August 2015

Veil putih


Aigooo...
Nak buat veil baru, mahal kot. 
Selalunya paling murah pun, RM50.

Jangan risau.
CT ada sewakan veil putih.

Ala-ala klasik dan traditional giteww~~
Pandangan belakang

Pandangan hadapan
Close-up sikit~

| Dust White Veil |


Harga sewaan: RM30/unit
Kuantiti : 1 unit

Ciri-ciri:

1. Jenis kain - net

2. Warna kain - dust white, not pure white. Jika ganding dengan baju putih, tak nampak sangat kelam.

3. Jenis gaya sulaman: klasik tradisional

4. Warna sulaman: acadia white (sentuhan sedikit warna krim)

********************************

Nampak macam suram je kan.
Eh.eh.
Nanti dulu.

Tengok modelnya pakai macam mana.



See!
Tak nampak 'too old-fashioned' sangat pun.
Nampak sweet ala-ala Melayu gitew~


Amboi.. melayang-layang veil eh!

Alahai, cantik je veil ni nampak terletak

Pandangan belakang veil setelah memakainya. Cantik la pulak!

Tak sangka kan.
Ingat baju putih, kena pakai veil putih je.

Rupanya, veil putih ni sesuai juga dipakai pada baju warna apa sekalipun.
Gambar model-model ni, diorang guna veil dari CT lah!
Cantik kan?

Veil yang dipakai time wedding, selalunya dah tak pakai dah after that.
Yelah.
Takkan nak pakai bling-bling kat tempat kerja kan~
So, dah terperap veil yang RM50 above tu dalam loker.
Kadang-kadang, ada sampai yang beratus okay~
Sayangnya!

So, nak lebih jimat, kita sewa sahajalah.
Nak murah, sewa dengan CT pun boleh!
=)

Berminat?  
Whatsapp CT yep.  

0136750889
0136750889  
0136750889


Dulang

Anda tercari-cari dulang hantaran?



| Dulang Hantaran |

Harga: RM5/unit
Kuantit: 9 unit

Butiran:
1. Warna putih
2. Material: besi


*************************************************

Kalau dulang yang jenis begini, lagi jimat sebenarnya.

Sebab anda tidak perlu guna kain alas dah.
Sekadar hias, letak bunga kat atas dulang tu je.

Dah tak perlu nak beli/sewa lagi kain alas kan~
Save budget akhirnya!

Berminat?  
Whatsapp CT yep.  

0136750889 
 0136750889  
0136750889


Pasu bunga

Setiap pelamin mesti kena ada bunga.
Baru nampak seri!





Tengok.
Simple-simple pelamin pun, mesti nak kena ada bunga kan~

So, CT ada sewakan pasu dan bunga!


| Soft Yellow Green Flower |

Harga:
RM2/unit (bunga sahaja)
RM5/ unit (pasu sahaja)
RM10 (set - bunga & pasu)

Kuantiti:
Bunga - 3 unit
Pasu - 1 unit


********************************************************

Murah sangat kan~
Tapi, sori.
Takat ni ada satu je pasu macam ni kat rumah.
Tengah kumpul modal nak tambah koleksi bunga lagi ni.
InshaAllah




Tadaa~
Bunga dari CT berada di pelamin ni!

Maybe bunga di rumah anda tidak cukup banyak untuk naikkan seri pelamin.
So, bolehlah tambah dekorasi bunga dengan menyewa bunga ni dengan CT!

Berminat? 
Whatsapp CT yep. 

0136750889 
0136750889 
0136750889


Bantal Sisi

Kalau anda perasan pada mana-mana pelamin, mesti akan ada bantal sisi.
Bukan satu je, tapi bertingkek-tingkek.
Macam contoh pelamin bawah ni!



Haa!
Itu sebenarnya salah satu cara nak bagi pelamin kita nampak 'meriah'!
Takdelah pelamin kita nampak kosong je kan.

Tapi, nak beli bantal macam agak terlebih bajet pula kan~
Kalau beli bantal baru, paling rendah pun RM15 above.
Termasuk sarung bantal sekali.
Itu pun designya 'tak jamin' cantiklah. 
hew..hew..

Jangan risau!
CT ada sewakan bantal.
Nak sewa bantal sahaja boleh.
Nak sewa bantal sekali dengan sarung pun boleh.

Jom tengok, apa warna bantal yang CT ada!


| Bantal Hiasan|


Harga: 
RM2/unit ( sarung bantal)
RM3/unit (set - sarung & bantal)

Kuantiti: 2 unit
Warna: Krim keputihan


| Bantal Hiasan|


Harga: 
RM2/unit ( sarung bantal)
RM3/unit (set - sarung & bantal)

Kuantiti: 2 unit
Warna: Soft Gold


Pelamin yang menggunakan bantal dari CT. Bantal duduk pengantin pun dari CT.

Kalau korang rasa warna sarung bantal tidak sesuai dengan konsep pelamin, korang boleh je nak sewa bantal je. 
RM2 je kot!
Terlajak murah!

Tapi, depend.
For me, seeloknya anda beli sahaja bantal baru.
Boleh guna kemudian hari.

Tapi, kalau rasanya tak cukup bajet nak beli bantal baru,
sewa sahaja dengan kami. 
=)

Berminat?
Whatsapp CT yep.

0136750889
0136750889
0136750889

Bantal Pengantin

Anda tercari-cari bantal pengantin?

Kami ada 2 unit!
Yang macam ini!
Jenis kain berbulu-bulu.
Gebus mulus!



| Fluffy Bantal Duduk Pengantin |


Harga: 
RM10/unit (sarung bantal sahaja)
RM15/unit (set - sarung dan bantal)

Warna: Putih
Kuantiti : 2 unit



Kalau nak tahu bantal itu besar mana, cukuplah nak muat sorang.
Macam ni!




Murah-murah je nak bagi sewakan.
Whatsapp CT okay.
0136750889

Thursday, 6 August 2015

Syarat Sewaan

Sebelum anda membuat keputusan untuk menyewa dengan CT, hadam dahulu ye syarat-syarat sewaan. 

Boleh rujuk gambar di bawah.
Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar dan jelas.


Sebaik sahaja pelanggan menyewa barangan dengan CT, CT anggap pelanggan sudah memahami dan bersetuju dengan syarat sewaan yang telah ditetapkan. 

Ohye!
Macam mana nak sewa barang-barang CT?

Just boleh whatsapp CT dan beritahu nak sewa tarikhnya bila.
Kenduri 3 bulan lagi pun boleh.
Takut orang dah booking pula kan nanti.
Dah melepas nak berjimat dengan harga sewaan CT yang murah-murah ni.
Boleh rujuk album Rental Item di Fb Page ChoizeTouch


Tapi, jangan lupa.
Deposit dahulu.
Baru tempahan dikira sah!

Kalau tidak, CT open peluang kat pelanggan lain untuk menyewa.
First come, first serve!
Hee..

Oh, lupa!
Ni no whatsapp CT.

0136750889
0136750889
0136750889

Happy renting with us!
=)





Pasang Backdrop dengan Harga Jimat!

Hai DIY seekers!

Mesti ada dalam kalangan anda mahu buat pelamin sendiri kan.
Great! Kipidap!

Hidup ni selagi boleh jimat, jimatlah. Lebih-lebih musim ekonomi sekarang kan :(

Okay, hari itu ada customer tanya macam mana nak pasang langsir untuk dibuat backdrop pelamin.

Perbualan ringkas


So, antara tipsnya adalah: (mengikut urutan keutamaan)


1. Spot Langsir di Rumah

Sebelum membeli kain ela untuk backdrop, perhatikan dahulu sekeliling rumah anda. Mana tahu sebenarnya ada langsir di rumah anda sudah sangat cantik untuk dijadikan spot pelamin. Malah, mungkin lebih cantik lagi dari kain ela anda sendiri! So, jadikan langsir itu sebagai spot pelamin dan anda tidak perlu keluarkan duit untuk membeli kain ela backdrop pelamin. Jimat!

Misalnya ketika saya menghadiri kenduri kahwin belah pengantin lelaki kawan saya ini, saya perasan dia jadikan langsir sebagai backdrop. Kreatif dan jimat!

Letakkan aksesori pada langsir tersebut

Namun, kalau langsir di rumah anda tidak berapa cantik atau tidak mengikut citarasa anda, jangan risau! Anda boleh beli kain ela di kedai dan sepitnya pada batang langsir tersebut. Pandai-pandailah adjust sana sini. Ala... guna penyepit ampaian tu je. Tapi, sorok-sorok sedikitlah penyepit itu, jangan kasi sampai nampak. >_<


Ni spot langsir di tangga. Gambar sebelum dihias.


Gambar selepas dihias

Tadaa! Siap!
Ini utilized pelamin ketika pernikahan sepupu saya di Kuala Lumpur.

Yang ni sangatlah jimat sebab diorang tidak beli kain ela pun. Tapi, hanya menggunakan kain langsir putih langsir terpakai dari rumah! Bunga-bunga, perabot, karpet semuanya utilise apa yang ada di rumah sahaja.

Pihak Choize Touch hanya bekalkan lampu untuk naikkan seri pelamin sahaja :)



2. Stapler gun pada siling rumah

Kalau rumah anda mempunyai siling yang lembut sebegini dan tidak terlalu tinggi, bolehlah dijadikan backdrop.

Bagaimana nak tahu siling kita lembut? Kalau anda staplergun siling tersebut, bolehlah nak tembus. Kalau rumah anda jenis kayu pun kadang-kadang ada yang boleh sebab kalau servis bridal, diorang memang staplergun pada kayu stand backdrop diorang.

Tapi, kalau kayu jati, memang mustahillah nak tembus~~

Ni contoh customer yang staplergun pada silingnya. Lampu pun dia ada sewa dengan Choize Touch.


3. Bertukang

Haa... Kalau anda, adik-beradik, saudara-mara anda reti bertukang, lagi bagus! Anda boleh hasilkan DIY backdrop stand ala-ala macam bridal selalu buat itu. Bahannya hanya plat kayu, penukul kayu dan paku! Kemudian, hiaskan dengan kain ela dan aksesori yang anda ada.

Macam kawan saya ini, saudara mara lelaki dia yang tolong bertukang siapkan backdrop stand itu dan hiaskan dengan kain ela tersebut.

DIY backdrop pelamin

4. Sewa dengan butik


Dan akhir sekali, sekiranya 3 tips dia atas agak menyukarkan anda, anda boleh sahaja sewa backdrop stand dari butik pengantin. Lagi banyak jenis dan corak yang menarik. Anda hanya perlu tambah sedikit aksesori sahaja. Cuma perlu keluarkan duit sedikit la tapi yang pasti ia lebih menjimatkan dari kita menempah servis pelamin yang dah siap.

Backdrop Stand

Ni backdrop stand paling basic. Kalau di kawasan saya, backdrop ni memang dah siap sekali dengan kain putih. So, kalau kita nak lagi cantik, kita boleh tambahkan kain ela warna lain untuk naikkan seri. Dan backdrop ni boleh adjust ketinggiannya, ikut kesesuaian.

Contoh backdrop ini boleh didapati di FB SomethingBorrowedNawal yang terletak di Putrajaya. Dia ni lagi banyak barang-barang menarik untuk disewa. Saya ni ikut konsep idea dialah untuk buat perkhidmatan servis props, cuma saya mampu sewakan barang yang simple-simple dahulu. Kumpul modal dahulu sikit-sikit. Beli yang wanted props oleh pelanggan dahulu dengan modal tersebut.

Contoh backdrop lain adalah seperti backdrop di bawah (warna putih).Saya sewa dengan butik dalam RM150. Kemudian, bunga merah itu saya DIY menggunakan crepe paper. Dan daun-daun tu kebetulan memang ada di rumah.

Lagi jimat, tak perlu beli kain ela dan susah-susah stapler kain sana sini.


Pelamin wedding kakak kedua


Okay. Itu sahaja tips yang dapat saya kongsikan setakat ini.
Harap membantu anda semua untuk DIY!
*****************************************************

p/s: Mungkin ada yang tidak faham konsep servis perniagaan Choize Touch. Boleh like page saya, Choize Touch untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Saya buat:

1. Sewaan barangan props perkahwinan
2. Designer DIY pelamin
3. Servis upah gubahan hantaran
4. Online konsultan untuk DIY pelamin/hantaran

Wednesday, 5 August 2015

Backdrop Berasaskan Kertas


Hello~

Banyak juga Ct dapat mesej minta tips-tips DIY dan mahu hias 'utilized' pelamin macam mana.

Bagi sesiapa yang tiada kain ela untuk dibuat backdrop atau mahukan kelainan, but still mahukan hasil yang sangatlah menarik, mungkin boleh cuba buat backdrop berasaskan kertas sahaja!

Jimat sangat!
Bahan utamanya, hanya perlukan crepe paper/tissue paper.

Ct selalu survey benda ni kat kedai, kosnya sehelai dalam 60sen.
Itu paling murah.
Kalau korang dapat cari yang lagi murah, rezeki korang la kan.
Tapi, kalau jumpa benda ni melebihi 60sen, cari sampai jumpa yang 60sen punya.
Haha.

Mungkin anda rasa agak leceh sebab kena gunting dan lipat sana sini. 
Alah. 
Panggil sahaja anak-anak buah untuk tolong anda sebagai aktiviti permainan mereka.
Kononnya kan~

Jom tengok idea-idea projek kertas ini!

Gabungan kraf bunga dan kraf lipatan kertas
 Kalau rajin la kan nak bunga berlambak macam tu. Tengok bajet korang macam mana

Kraf lipatan kertas itu, boleh guna surat khabar, kertas warna atau kertas pembalut hadiah


Cantik-cantik kan!
Nak tahu idea lain lagi,  boleh rujuk link penuh: 

Next entry, CT share cara nak buat bunga-bunga sebegini.
Stay tuned!

Untuk hasil hebat dengan hasil jimat!
DIY is Fun!

Lampu untuk disewa

White Lace Spotlight 

Harga: RM15/ 2 unit

Fungsi:
1. Memberi cahaya kuning yang menonjolkan suasana romantik
2. Tidak memerlukan 'wiring; yang rumit. Sekadar terus pasang pada plug/extension.
3. Adjustable beam holder - mentol boleh diselaraskan ke atas dan bawah mengikut kesesuaian.

**********************************************************************
Simple Mini Table Lamp 

Harga: RM5/unit

Kuantiti : 1 unit



Fungsi:

1. Memberi cahaya putih menerangkan lagi suasana pelamin.
2. Tidak memerlukan 'wiring; yang rumit. Sekadar terus pasang pada plug/extension.

*********************************************************************************


Classic Mini Table Lamp

Harga: RM10/unit
Kuantiti : 1 unit

Fungsi:
1. Memberi cahaya kuning yang menonjolkan suasana romantik
2. Tidak memerlukan 'wiring; yang rumit. Sekadar terus pasang pada plug/extension.

*****************************************************************************
Stand Lamp

Harga: RM20/unit
Kuantiti : 1 unit

Fungsi:
1. Memberi cahaya kuning yang menonjolkan lagi suasana romantik
2. Tidak memerlukan 'wiring; yang rumit. Sekadar terus pasang pada plug/extension.
3. Adjustable. Pemegang mentolnya boleh dikawal ke kiri, kanan, atas dan bawah

***************************************************************************

Portable Spotlight 


Harga: RM5/unit

Kuantiti : 
2 unit (holder)
2 unit mentol putih
1 unit mentol pink


Fungsi:

1. Memberi cahaya putih yang menerangkan lagi suasana.

2. Tidak memerlukan 'wiring; yang rumit. Sekadar terus pasang pada plug/extension

3. Portable - Boleh dikepit di mana-mana
4. Cahaya mentol pink menambahkan lagi seri pelamin.



Fahami syarat-syarat sewaan:

Klik gambar untuk gambar yang lebih besar
Sebaik sahaja pelanggan menyewa barangan dengan CT, CT anggap pelanggan sudah memahami dan bersetuju dengan syarat sewaan yang telah ditetapkan.

Jom sewa dengan CT!

Dengan harga jimat!

=)



Tuesday, 4 August 2015

Tercetusnya Choize Touch


Tidak pernah terlintas di fikiran saya sebenarnya untuk menjadikan bakat saya sebagai satu perniagaan sampingan. 

Pada mulanya, saya sekadar buat DIY pelamin untuk kakak-kakak dan sepupu saya yang menggunakan konsep 'utilization'. Saya post hasilnya di FB Hazirah Zaini, dan surprisingly ia mendapat sambutan dalam kalangan kawan-kawan.

Ada yang suka dengan idea saya. Mahu minta tolong hiaskan 'utilized' pelamin merekalah. Ada juga yang cadangkan saya untuk diniagakan bakat itu. Ramai jugalah suka dengan idea 'penjimatan' saya. 

Tagline

Suatu hari, saya dapat permintaan untuk saya gubahkan hantarannya. Dan ada juga yang mahu menyewa barang-barang dari saya walau saya belum official mula bisnes CT.

Dari situlah, saya terfikir untuk memulakan bisnes sampingan ni. Dari duk terperap bakat dan barang-barang saya itu, rugi pula kalau saya diamkan sahaja dan tidak mendatangkan apa-apa. At least, adolah kan duit masuk walau tak banyak mana. Maka, saya pun tetapkan range harga yang lebih murah dari pasaran supaya dapat bantu orang berjimat. 


Dan disebabkan perkara ini adalah benda yang saya minat, saya akan rasa release tension dengan buat benda-benda sebegini. Sambil-sambil bantu orang yang 'limited budget' agar mereka berpeluang juga mempunyai hasil yang sama cantiknya. 

Maka, tercetus lagi FB Page saya, Choize Touch untuk memudahkan followers saya rujuk tips-tips dan perkhidmatan saya di sana. Takdelah mereka perlu scroll atas bawah di personal FB saya yang kadang-kadang merapu tu. Haha.

Dan lama-kelamaan, saya rasa Choize Touch perlukan blognya tersendiri. Bukannya apa. Senang sikit saya nak tunjuk tips-tips beserta gambarnya di bawah agar followers lebih faham caranya. 

Kalau di Fb, susah sikit nak buat tips flow yang lebih mudah. Lagipun, kalau panjang sangat kat FB, jenuh juga kan nak baca karangan tanpa gambar tu.

Ohye.
Ada signifikan di sebalik nama Choize Touch.

Choize dicantikkan perkataannya daripada Choice yang bermaksud pilihan.
Yakni maksud nama saya Hazirah - pilihan yang tepat.
Pelanggan juga membuat pilihan dengan CT. 
Pilihan untuk upah gubahan hantaran.
Pilihan untuk menyewa barangan CT.
Pilihan untuk mendapatkan khidmat konsultan CT. 


Touch pula bermaksud sentuhan
Sama ada sentuhan itu adalah dari CT sendiri.
Mahupun sentuhan dari pelanggan berdasarkan perkongsian DIY daripada CT. 

Itu sahaja mengenai Choize Touch.
Just call me CT, okay! 



Perkhidmatan Choize Touch


Selamat datang ke blog Choize Touch (CT)! 
heart emoti

Di sini, CT akan berkongsi pelbagai tips-tips menarik untuk menjimatkan kos pada hari perkahwinan anda! 


Like our theme said - "Maximize Your Thing, Minimize Your Cost"
Gunakan sebaik mungkin (baca:utilize) apa yang ada di sekeliling anda, pasti ia menjimatkan!




Apa yang CT boleh lakukan selain berkongsi tip-tips penjimatan DIY?


1. Membuat sewaan barangan/ pakaian (pengkhususan: perkahwinan) pada harga mampu milik.

Rujuk link Rental Item di Fb Page Choize Touch.

2. Perkhidmatan designer DIY pelamin - yang cuba sehabis baik utilise apa yang ada di rumah anda!

3. Perkhidmatan menghias dulang hantaran pada harga upah yang lebih murah dari biasa!

Harga per dulang

4. Perkhidmatan online konsultan untuk tips-tips DIY pelamin/hantaran. 

Yang ini PERCUMA sahaja!

Just pm CT okay!