Hai DIY seekers!
Mesti ada dalam kalangan anda mahu buat pelamin sendiri kan.
Great! Kipidap!
Hidup ni selagi boleh jimat, jimatlah. Lebih-lebih musim ekonomi sekarang kan :(
Okay, hari itu ada customer tanya macam mana nak pasang langsir untuk dibuat backdrop pelamin.
|
Perbualan ringkas |
So, antara tipsnya adalah: (mengikut urutan keutamaan)
1. Spot Langsir di Rumah
Sebelum membeli kain ela untuk backdrop, perhatikan dahulu sekeliling rumah anda. Mana tahu sebenarnya ada langsir di rumah anda sudah sangat cantik untuk dijadikan spot pelamin. Malah, mungkin lebih cantik lagi dari kain ela anda sendiri! So, jadikan langsir itu sebagai spot pelamin dan anda tidak perlu keluarkan duit untuk membeli kain ela backdrop pelamin. Jimat!
Misalnya ketika saya menghadiri kenduri kahwin belah pengantin lelaki kawan saya ini, saya perasan dia jadikan langsir sebagai backdrop. Kreatif dan jimat!
|
Letakkan aksesori pada langsir tersebut |
Namun, kalau langsir di rumah anda tidak berapa cantik atau tidak mengikut citarasa anda, jangan risau! Anda boleh beli kain ela di kedai dan sepitnya pada batang langsir tersebut. Pandai-pandailah
adjust sana sini. Ala... guna penyepit ampaian tu je. Tapi, sorok-sorok sedikitlah penyepit itu, jangan kasi sampai nampak. >_<
|
Ni spot langsir di tangga. Gambar sebelum dihias. |
|
Gambar selepas dihias |
Tadaa! Siap!
Ini
utilized pelamin ketika pernikahan sepupu saya di Kuala Lumpur.
Yang ni sangatlah jimat sebab diorang tidak beli kain ela pun. Tapi, hanya menggunakan kain langsir putih langsir terpakai dari rumah! Bunga-bunga, perabot, karpet semuanya
utilise apa yang ada di rumah sahaja.
Pihak
Choize Touch hanya bekalkan lampu untuk naikkan seri pelamin sahaja :)
2. Stapler gun pada siling rumah
Kalau rumah anda mempunyai siling yang lembut sebegini dan tidak terlalu tinggi, bolehlah dijadikan backdrop.
Bagaimana nak tahu siling kita lembut? Kalau anda
staplergun siling tersebut, bolehlah nak tembus. Kalau rumah anda jenis kayu pun kadang-kadang ada yang boleh sebab kalau
servis bridal, diorang memang
staplergun pada kayu stand backdrop diorang.
Tapi, kalau kayu jati, memang mustahillah nak tembus~~
|
Ni contoh customer yang staplergun pada silingnya. Lampu pun dia ada sewa dengan Choize Touch. |
3. Bertukang
Haa... Kalau anda, adik-beradik, saudara-mara anda reti bertukang, lagi bagus! Anda boleh hasilkan DIY backdrop stand ala-ala macam bridal selalu buat itu. Bahannya hanya plat kayu, penukul kayu dan paku! Kemudian, hiaskan dengan kain ela dan aksesori yang anda ada.
Macam kawan saya ini, saudara mara lelaki dia yang tolong bertukang siapkan backdrop stand itu dan hiaskan dengan kain ela tersebut.
|
DIY backdrop pelamin |
4. Sewa dengan butik
Dan akhir sekali, sekiranya 3 tips dia atas agak menyukarkan anda, anda boleh sahaja sewa backdrop stand dari butik pengantin. Lagi banyak jenis dan corak yang menarik. Anda hanya perlu tambah sedikit aksesori sahaja. Cuma perlu keluarkan duit sedikit la tapi yang pasti ia lebih menjimatkan dari kita menempah servis pelamin yang dah siap.
|
Backdrop Stand |
Ni backdrop stand paling basic. Kalau di kawasan saya, backdrop ni memang dah siap sekali dengan kain putih. So, kalau kita nak lagi cantik, kita boleh tambahkan kain ela warna lain untuk naikkan seri. Dan backdrop ni boleh adjust ketinggiannya, ikut kesesuaian.
Contoh backdrop ini boleh didapati di FB
SomethingBorrowedNawal yang terletak di Putrajaya. Dia ni lagi banyak barang-barang menarik untuk disewa. Saya ni ikut konsep idea dialah untuk buat perkhidmatan servis props, cuma saya mampu sewakan barang yang simple-simple dahulu. Kumpul modal dahulu sikit-sikit. Beli yang
wanted props oleh pelanggan dahulu dengan modal tersebut.
Contoh backdrop lain adalah seperti backdrop di bawah (warna putih).Saya sewa dengan butik dalam RM150. Kemudian, bunga merah itu saya DIY menggunakan crepe paper. Dan daun-daun tu kebetulan memang ada di rumah.
Lagi jimat, tak perlu beli kain ela dan susah-susah stapler kain sana sini.
|
Pelamin wedding kakak kedua |
Okay. Itu sahaja tips yang dapat saya kongsikan setakat ini.
Harap membantu anda semua untuk DIY!
*****************************************************
p/s: Mungkin ada yang tidak faham konsep servis perniagaan Choize Touch. Boleh like page saya,
Choize Touch untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Saya buat:
1. Sewaan barangan props perkahwinan
2. Designer DIY pelamin
3. Servis upah gubahan hantaran
4. Online konsultan untuk DIY pelamin/hantaran